Thursday 5 December 2013



Nama          : Zuhairi Zainal
Organisasi    : Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Biarpun menyertai organisasi kurang dari setahun, berdasarkan pemerhatian dan pengalaman semasa bekerja di sektor swasta saya ingin mencadangkan beberapa perubahan dalam pengoperasian organisasi ini.

Eliminate

  1. Tuntutan perjalanan manual digantikan dengan permohonan atas talian. Segala resit-resit perlu diimbas dan dilampirkan ke dalam sistem. Selain menjimatkan penggunaan kertas dan percetakan, ia menjimatkan ruang penyimpanan dan memudahkan pencarian.
  2. Bilik-bilik pegawai digantikan dengan sekadar partition biasa agar mudah kerja dijalankan. Bagaimanapun saiz partition masih mengikut gred dan jawatan. Hanya ketua jabatan/bahagian duduk di bilik. Ia juga mampu menjimatkan kos penyewaan pejabat.

Reduce

  1. Penggunaan mesin cetak dan digantikan dengan mesin fotokopi pelbagai guna yang dihubungkan melalui rangkaian. Mesin perlu diletakkan di lokasi strategik  agar memudahkan pegawai mengambil cetakan. Untuk memantau penggunaan, pengguna perlu meletakkan kata laluan, hanya pengguna tertentu layak menikmati penggunaan cetakan warna untuk sesuatu bahagian. Kos percetakan dapat dikurangkan  separuh dengan kaedah ini.
  2. Penjimatan tenaga elektrik dari perkakasan ICT:
  • Semua PC dipasang dengan perisian yang mewajibkan paparan skrin ditutup selepas 15 minit tidak aktif, dan ditutup sekiranya tidak aktif melebihi 2 jam
  • Menukar semua pelayan fizikal kepada pelayan maya (virtual server).