Tuesday 17 December 2013


Profile : KRU











Nama trio tiga adik beradik ini sudah memang tersangat dikenali diseantero Asia. KRU. Tiga aksara yang melambangkan kesungguhan, muzik, inovasi dan teknologi tiga artis Melayu yang boleh dibanggakan. Kumpulan yang sudah lebih sedekad membabitkan diri dalam perniagaan berkisarkan muzik ini bijak menggunakan segala peluang yang ada untuk mengukuhkan kedudukan dalam industri seni. Kejayaan mengukir nama dalam dunia seni suara turut memberi kesan kepada penghasilan filem termasuk aspek pentadbiran dan penerbitan.


Ketiga-tiga adik-beradik ini mula menghasilkan muzik sendiri sejak di bangku sekolah lagi apabila salah seorang emak saudara mereka membeli keyboard mainan untuk Norman sempena hari jadinya, turut mencetus minat adik-adiknya terhadap muzik. Ketika adik-beradik ini menghabiskan waktu remaja mereka di London, mereka terdedah kepada pelbagai irama muzik Barat. Pada masa itu muzik Melayu dipenuhi lagu berentak jiwang dan rock balada. Mereka juga merupakan penyokong pasukan bola sepak Selangor, pernah menulis lagu rap bertajuk Viva Selangor untuk pasukan kegemaran mereka, disusuli oleh lagu Merah Kuning. Ketika itu mereka dikenali sebagai SRU  Selangor Rappers Unit.


Semenjak itu, Norman, Yusry dan Edry mula menulis lebih banyak lagu original. Tanpa pengetahuan mereka seorang rakan sekampus Norman menghantar demo mereka kepada syarikat rakaman EMI (Malaysia). Pengurus syarikat ketika itu, Calvin Wong, menyukainya dan memanggil adik-beradik itu untuk ujibakat. Tidak lama kemudian, pada 19 Mei 1992, lahirnya kumpulan KRU.


Kumpulan KRU merupakan kumpulan rap yang paling diminati oleh para remaja sekitar tahun 90-an. Mereka telah terlibat dalam pelbagai kontroversi tetapi mereka masih dapat bertapak dalam industri muzik Malaysia dengan kukuh hingga sekarang.


Album :

·                     Canggih (1992)

·                     reKRUed (1993)

·                     Awas (1994)

·                     Beware: Awas da Soundtrack (1995)

·                     Oh La La (1996)

·                     Krumania – album kompilasi (1997)

·                     The Way We Jam – album Inggeris sepenuhnya yang sulung (1998)

·                     Formula Luar Biasa (1999)

·                     Tyco – ditampilkan sebagai Tyco, pemuzik animasi pertama di Malaysia (2000)

·                     Krujaan (2000)

·                     Empayar Krujaan V 2.0 (2002)

·                     Relax (2004)

·                     KRUnisme (2005)

·                     10 di Skala Ritcher (2006)

·                     Era Muzik Hits Terkini (2009)


KEJAYAAN dicapai KRU Group kini di luar jangkaan. Jika 21 tahun lalu, KRU hanya dikenali penyanyi kumpulan rap tetapi berkat usaha gigih tiga beradik KRU menjadi jenama industri hiburan tanah air yang semakin berkembang ke pasaran antarabangsa.

Bermula daripada muzik, mereka mengembangkan bakat dan minat apabila terbabit dalam penciptaan lagu hingga mampu memiliki studio sendiri. Satu demi satu langkah diatur, KRU turut memperluas kreativiti mereka dalam bidang perfileman melalui KRU Films dengan menghasilkan filem sulung, Cicak-man pada 2006.

Biarpun segelintir mempersoal mengapa cicak dijadikan hero Malaysia berbanding Hollywood yang mempunyai Batman dan Superman, KRU tetap berbangga dengan pencapaian filem arahan Yusry itu apabila mencatat kutipan tertinggi filem tempatan bagi 2006 iaitu RM6.7 juta.


Filem :

·         Cicakman

·         Duyung

·         Cicakman 2 - Planet Hitam

·         Jin Notti

·         My Spy

·         Magika

·         Karak

·         Hikayat Merong Mahawangsa

·         Cinta Kura Kura


Antarabangsa


·         Deadline

·         Sunshine Barry & The Disco Worms

·         Planet 51

·         Vikingdom


Malah filem kerjasama antara KRU dengan 
Grand Brilliance Sdn Bhd iaitu Duyung yang ditayangkan pada Mac lalu turut mengulangi kejayaan sama selepas mencatat kutipan sebanyak RM6.4 juta, hingga kini menjadi filem tempatan kutipan tertinggi pada tahun ini.

KRU sekali lagi mencipta kejayaan menerusi penerbitan filem Inggeris pertama, Deadline yang menyaksikan gabungan antara pengarah Hollywood, Sean McConville dengan barisan pelakon seperti Brittany Murphy, Thora Birch dan Mark Blucas. 

Membawa jenama KRU Studios ke Amerika Syarikat, sudah tentu penerbitan filem ini menjadi kejayaan awal yang juga dikongsi peminat tempatan.

KRU Studios dilengkapi pelbagai kemudahan canggih untuk tujuan penerbitan, ia dilihat sebagai simbol kejayaan kepada KRU yang ditunjangi tiga beradik popular, Norman Abdul Halim, Yusry Abdul Halim serta Edry Abdul Halim.


Bangunan tersebut dilengkapi dengan studio penerbitan audio, studio suntingan, studio pengimejan digital dan studio animasi visual kesan khas. Selain itu, ia juga menyediakan dua pentas persembahan yang masing-masingnya berkeluasan 2,500 dan 10,000 kaki persegi untuk tujuan persembahan konsert dan rakaman program-program televisyen. Selain itu, ia juga menyediakan bilik-bilik serbaguna seperti bilik pakaian, bilik solekan serta bilik untuk artis.


Tak cukup dengan itu, KRU Studios turut untuk menyediakan ruang untuk set penggambaran luar terutama untuk perfileman, ruang pejabat untuk disewa oleh syarikat produksi yang bukan sahaja daripada bidang filem malah pengiklanan. Dan yang paling utama, KRU Studios mampu berbangga apabila studionya di Cyberjaya turut menawarkan sistem penataan kesan khas dan imej janaan komputer (CGI) yang kini banyak digunakan dalam industri penerbitan.

Kini, KRU lebih menumpukan kepada bidang filem, sesuatu yang mereka memang ingin terokai dari umur remaja lagi. Dengan adanya KRU Studios ini, KRU merancang untuk menghasilkan 12 buah filem dalam setahun dan menggiatkan penghasilan penerbitan-penerbitan lain. Meskipun Thailand dan beberapa negara rantau Asia memiliki teknologi HD, KRU Studios menawarkan perkhidmatan yang jauh lebih murah di samping lokasinya strategik.


KRU sememangnya artis yang tidak pernah kenal erti BEREHAT. Buktinya, mereka telah pun menghasilkan sebuah dokumentari berorientasikan budaya tempatan untuk pasaran luar. Dokumentari itu berkisar tentang keris, wau, batik dan kehidupan masyarakat Bajau Laut serta penduduk Portugis di Melaka. Yang membanggakan ialah dokumentari itu telah berjaya dipasarkan di 22 buah negara dan ada dokumentari terbabit berjaya memenangi anugerah dalam satu majlis penganugerahan di Bali, Indonesia tahun lalu.


Kejayaan Norman bersama dua adiknya, Yusry dan Edry adalah berdasarkan usaha mereka membina perniagaan sejak 1992 dari modal sebanyak RM2,000 sahaja. Tetapi kini, mereka sudah ada aset bernilai jutaan ringgit termasuk bangunan sendiri yang berharga RM4.8 juta. Norman, 36 tahun, ialah Presiden dan Ketua Eksekutif kepada syarikat KRU Capital Sdn Bhd yang mempunyai 6 anak syarikat iaitu KRU Music Group, KRU Publishing, KRU Communications, KRU Films, KRU Media dan KRU Matrix. KRU Capital juga telah mengembangkan sayapnya ke Amerika Syarikat dan Singapura dengan penubuhan KRU America Inc. dan KRU Singapura Pte Ltd.

__________________________________________________________________


Profile : Datuk Yusuf Haslam


Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan
penerbit filem, drama, penulis skrip dan pelakon
Pengarah Urusan Skop Productions Sdn Bhd


Yusof Haslam atau nama sebenar beliau ialah Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan merupakan seorang pengarah filem di Malaysia. Dato' Yusof Haslam dilahirkan pada 24 April 1954 dan berasal dari Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak keempat dari tujuh beradik ini mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Kebangsaan Polis Depot dan Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

Yusof Haslam mendirikan rumah tangga dengan Datin Fatimah Ismail. Anak-anak beliau ialah Mohd Faizal, Mohd Shamsul, Nursyamin dan Mohd Syafiq

Beliau mula berkecimpung dalam bidang perfileman pada tahun 1972 dalam usia 17 tahun. Beliau terlibat sebagai pelakon tambahan selama dua tahun di Studio Merdeka. Ketika itu filem masih dalam hitam putih. Pada tahun 1974 dengan Shaw Brothers, beliau mendapat peluang untuk berlakon secara serius dan filem pertama bertajuk " Permintaan Terakhir" bersama dengan Uji Rashid. Pada usia awal 20an pula beliau berlakon dalam beberapa buah filem antaranya ialah "Jiwa Remaja" dan "Cinta dan Lagu." Pada tahun 1978, Encik Aimi Jarr telah membawa beliau berjumpa dengan Datuk Jins Shamsudin dan mendapat peranan dalam filem "Tiada Esok Bagimu". Pada tahun 1979 pula beliau telah berlakon dalam filem "Jejak Bertapak".

Namun hakikatnya nama Yusof Haslam hanya mula menonjol selepas membintangi filem Permintaan Terakhir pada 1974 bersama Uji Rashid dan Sony Abdullah arahan Datuk Jamil Sulong, selain filem P Ramlee dan ramai lagi sebagai watak sampingan. Sebelum menjadi

Datuk Yusuf Haslam : pengarah dan penerbit filem yang digelar "The Million Dollar Film Maker" gigih menghasilkan filem komersial dan semakin segak nampaknya. Hampir kesemua filemnya di pawagam berjaya mencecah angka juta ringgit. Dengan tidak bersekolah tinggi, Datuk Yusuf Haslam mencipta fenomena baru dalam industri filem Melayu apabila setiap filem

Beliau telah menghasilkan hampir 20 buah filem hasil karya beliau sendiri. Filem pertama yang dihasilkan ialah "Bayangan Maut" pada tahun 1990. Antara pelakon yang turut menjayakan filem tersebut ialah Ella, Norkumalasari, Sabree Fadzil dan beliau sendiri. Filem ini juga telah membuka tirai bagi beliau dalam dunia perfileman.

Beliau berminat dengan ’cerita beruniform’ dan siri TV yang diminati ketika itu seperti "Combat", "TJ Hookers" dan lain-lain. Di negara kita terdapat banyak drama yang dihasilkan tetapi tidak ada yang bersiri seperti demikian. Walaupun beliau tidak pernah berlakon menjadi polis, sebenarnya beliau pernah bercita-cita menjadi inspektor polis tetapi tidak kesampaian. Tambahan pula, kawan beliau, seorang anggota polis menyarankan agar diterbitkan filem corak kepolisan dan beliau yang mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut turut membantu. beliau telah berkecimpung dalam menerbitkan drama TV selama 20 tahun bermula dalam tahun 1985 dan skop kepolisan itu telah menjadi paksi dalam drama terbitan beliau, walaupun cerita drama itu pada asasnya bercorak kekeluargaan atau cinta.


Kejayaan

Sejak bergelar pengarah filem komersial tanah air, Yusof selaku Pengarah Urusan Skop Productions Sdn Bhd ternyata bertanggungjawab melahirkan ramai bintang popular seperti Ziana Zain, Erra Fazira, Awie, Abby Abadi, Ning Baizura, Misha Omar, Nasha Aziz dan Hetty Sarlene. Malah kebanyakan filemnya berjaya mencapai kutipan pecah panggung.

Sesungguhnya Yusof Haslam mengakui cukup terhutang budi dan berbangga kerana diiktiraf bersama-sama dengan guru filemnya Datuk Jins Shamsuddin sendiri dan rakan seperjuangan Uji Rashid.

Beliau percaya, tidak mungkin dapat bertahan selama ini dalam dunia perfileman tanpa sokongan padu anak-anak, saudara mara, rakan taulan, media masa dan paling utama isterinya Datin Fatimah Ismail yang sentiasa mengkritik hasil kerjanya.

Gerak Khas (GK) adalah antara siri televisyen yang cukup lama disiarkan oleh stesen Televisyen Malaysia (RTM) dan dikatakan masih disenaraikan antara drama bersiri yang mendapat rating tertinggi. Kejayaan siri ini di televisyen menyebabkan penerbit dan pengarahnya memindahkan GK ke filem.

Berdasarkan popularitinya di televisyen, filem pertama Gerak Khas (GK) juga berjaya di pawagam dan siri keduanya pun turut mendapat sambutan.Kejayaan kedua-dua buah filem GK itu telah membawa kepada filem GK3.Sejarah yang panjang siri ini di TV akan memberikan kelebihan dan cabaran yang tersendiri apabila ia difilemkan. Apatah lagi GK3 mengekalkan pelakon yang sama sabanminggumuncul di TV. Kelebihannya GK telah diketahui oleh penonton dan ini memudahkan promosinya.

Sebenarnya filem pertama yang membuka tirai kejayaan adalah "Bayangan Maut". Filem ini meraih kejayaan dan hasil kutipan sebanyak RM1.1 juta. Encik Aimi Jarr ada mengatakan bahawa beliau akan menjadi‘pengarah jutawan’. beliau berasa malu dan alhamdulillah kata-kata itu telah menjadi kenyataan. Kebetulan "Pemburu Bayang" mendapat 2 juta, "Sembilu" 4 juta, "Sembilu 2" memperoleh 6 juta dan "Maria Mariana" meraih 4 juta.

Beliau rasa gembira kerana menjadi orang pertama yang mencipta kejayaan dan membina imej perniagaan dalam bidang perfileman. Sebenarnya beliau tidak yakin dalam bidang ini kerana ia terlalu berisiko tinggi. Oleh itu walaupun menerbitkan drama TV beliau masih mengekalkan corak kepolisan. Semasa membuat filem "Sembilu", beliau telah menukar corak cinta tetapi masih dengan imej kepolisan dan alhamdulillah berjaya. Pada beliau, TV sebagai platform dan menjadi tulang belakang dalam kerjaya dunia perfileman.

Beliau bersyukur dan kerana tergolong dalam yang berjaya. Kejayaan yang diperolehi adalah pemberian Tuhan. Tuhan yang memberikan rezeki. Semua drama yang dihasilkan mendapat tempat di hati penonton dan mendapat rating yang tinggi.beliau berasa puas kerana drama yang diterbitkan mendapat top 10.

Beliau juga mendapati risikonya sungguh besar dan bukan calang-calang orang yang dapat bertahan. Malah ada yang gulung tikar dalam bidang ini. Oleh itu beliau masih mengekalkan perniagaan dan menguruskan restoran yang dibuka sejak 24 tahun yang lalu. beliau kurang yakin dengan perniagaan ini dan cara yang beliau ambil adalah sebagai penyelamatnya. Begitu juga dengan drama TV, tidak akan beliau tinggalkan, walaupun ada orang berkata mengapa masih masih hendak membuat drama TV setelah meraih berjuta ringgit. beliau mempunyai prinsip, walaupun mendapat yang ’besar’ tetapi yang ’kecil’jangan dilupakan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada FINAS dan pihak Kerajaan yang banyak membantu. Beliau tidak lupakan jasa FINAS yang telah banyak membantu dari segi menambah modal dalam menghasilkan filem arahan beliau sebelum ini, walaupun banyak pihak sering memberi tanggapan negatif terhadap FINAS. beliau merasakan peluang dalam bidang perfileman lebih terbuka sekarang kerana pihak FINAS sendiri memberikan dana untuk membantu industri dan para pengusaha baru. beliau memandangnya sebagai satu usaha positif yang cuba diwujudkan oleh pihak FINAS sendiri


FILEM ARAHAN :

1.Bayangan Maut (1991) - Kutipan mencecah RM1 juta. Menampilkan Yusof Haslam dan Noorkumalasari.
2.Pemburu Bayang (1993) - Kutipan RM1.8 juta. Pelakon utama ialah Awie dan Ella.
3.Sembilu (1994) - RM4.2 juta, pelakonnya Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain.
4.Sembilu II (1995) - RM6.3 juta, mengekalkan pelakon yang sama dalam Sembilu.
5.Maria Mariana (1996) - Menampilkan Erra Fazira dan Ziana Zain.
6.Maria Mariana II (1998) - Mendapat RM3.2 juta di pawagam.
7.Bara (1999) - Awie dan Nasha Aziz bergandingan dalam filem ini.
8.Pasrah (2000) - Erra Fazira dan Norman Hakim berlakon dalam filem ini.
9.Gerak Khas The Movie (2001) - Filem bercorak kepolisan
10.Gerak Khas The Movie II (2002) - kutipan lebih kurang RM 3 juta
11.Janji Diana (2003) - RM 2.3 juta, menampilkan Rosyam Nor dan Erra Fazira
12.GK3 The Movie (2005) - Pelakonnya ialah Norman Hakim dan Abby Abadi
13.Filem Sembilu 2005 - Memperkenalkan Vince dan Hetty Sarlene serta pendatang baru Irwan Suhaimi


Anugerah dan
Pengiktirafan

Pengarah dan penerbit yang mempopularkan siri bercorak kepolisan tempatan ini mendapat pengiktirafan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana turut menyumbang dan menaikkan imej PDRM menerusi bidang penyiaran. Antara penghargaan yang diterima beliau pada 26 Disember 1996 yang disampaikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor, manakala pada 31 Julai 2002 daripada Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Syed Abdul Rahman Syed Abdul Kadir. Seterusnya beliau menerima penghargaan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai pada 30 Disember 2002 dan pada 9 September 2004 daripada Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Mustafa Abdullah, dan yang terbaru pada 25 Mac 2006, iaitu Anugerah Penghargaan ‘Friends Of The Police” daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Hj. Omar yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ternyata anugerah ini layak diberikan kepadanya sebagai penggiat seni yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam kerjaya seni dan meninggalkan impak yang besar dalam industri hiburan. Beliau memiliki rekod cemerlang sebagai seorang karyawan yang sudah melakar banyak kejayaan dalam bidang seni baik sebagai pelakon, pengarah atau sebagai pejuang di persada seni tanah air.

Beliau yang sentiasa menerima kritikan membina berikutan filem berunsur komersial seperti Sembilu, Gerak Khas The Movie dan banyak lagi turut menyifatkan anugerah yang diterimanya itu amat bernilai buat dirinya dan membuktikan segala penat lelahnya sebagai penggiat seni perfileman sejak 1970-an mendapat penghargaan masyarakat dan media masa.

ANUGERAH

1983
Festival Filem Malaysia ke 4
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
2001
Festival Filem Malaysia ke 15 -
Sutradara Terbaik
2001
Festival Filem Malaysia ke 15
Cerita Terbaik

Lakonan

2001 : Gerak Khas The Movie - (Pelakon Pembantu)
1993 : Pemburu Bayang - (Pelakon Pembantu)
1991 : Harry Boy - (Pelakon Pembantu)
1990 : Driving School - (Pelakon Pembantu)
1990 : Bayangan Maut - (Pelakon Utama)
1987 : Rahsia - (Pelakon Pembantu)
1987 : Wira Angkasa - (Pelakon Utama)
1987 : Permintaan Terakhir - (Pelakon Utama)
1984 : Di Ambang Kasih - (Pelakon Utama)
1984 : Jauh Di Sudut Hati - (Pelakon Pembantu)
1984 : Melati Putih - (Pelakon Pembantu)
1983 : Mekanik - (Pelakon Pembantu)
1982 : Sikit Punya Gila - (Pelakon Pembantu)
1982 : Bukit Kepong - (Pelakon Utama)
1982 : Penentuan - (Pelakon Utama)
1982 : Senja Merah - (Pelakon Pembantu)
1981 : Ribut Barat - (Pelakon Utama)
1981 : Jejak Bertapak - (Pelakon Utama)
1979 : Tiada Esok Bagimu - (Pelakon Pembantu)
1979 : Detik 12 Malam - (Pelakon Utama)
1976 : Cinta Dan Lagu - (Pelakon Pembantu)
1976 : Sayang Anakku Sayang - (Pelakon Pembantu)
1975 : Jiwa Remaja - (Pelakon Utama)


krew Filem
2010 : Evolusi KL Drift 2 - (Penerbit)
2009 : Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam - (Penerbit)
2008 : Evolusi KL Drift - (Penerbit)
2005 : Gila-Gila Pengantin Popular - (Penerbit)
2005 : GK3 The Movie - (Lakon layar)
2005 : GK3 The Movie - (Penerbit)
2005 : GK3 The Movie - (Pengarah)
2005 : GK3 The Movie - (Cerita Asal)
2005 : Pontianak Menjerit - (Penerbit Bersama)
2004 : Gila-Gila Pengantin Remaja - (Penerbit)
2003 : MX3 - (Penerbit Bersama)
2003 : Mr. Cinderella 2 - (Penerbit Bersama)
2003 : Janji Diana - (Penerbit)
2003 : Janji Diana - (Pengarah)
2003 : Janji Diana - (Cerita Asal)
2003 : Janji Diana - (Lakon layar)
2003 : Sembilu 2005 - (Penerbit)
2003 : Sembilu 2005 - (Pengarah)
2003 : Sembilu 2005 - (Cerita Asal)
2003 : Sembilu 2005 - (Lakon layar)
2003 : Gila-gila Pengantin - (Penerbit)
2002 : Mr. Cinderella - (Penerbit Bersama)
2002 : Gerak Khas The Movie 2 - (Lakon layar)
2002 : Gerak Khas The Movie 2 - (Pengarah)
2002 : Gerak Khas The Movie 2 - (Penerbit)
2002 : Gerak Khas The Movie 2 - (Cerita Asal)
2001 : Gerak Khas The Movie - (Pengarah)
2001 : Gerak Khas The Movie - (Cerita Asal)
2001 : Gerak Khas The Movie - (Lakon layar)
2001 : Gerak Khas The Movie - (Penerbit)
2000 : Pasrah - (Cerita Asal)
2000 : Pasrah - (Penerbit)
2000 : Pasrah - (Pengarah)
2000 : Pasrah - (Lakon layar)
1999 : Burung Besi - (Lakon layar)
1999 : Bara - (Pengarah)
1999 : Bara - (Cerita Asal)
1999 : Bara - (Lakon layar)
1999 : Burung Besi - (Cerita Asal)
1999 : Bara - (Penerbit)
1998 : Mariana Mariana 2 - (Lakon layar)
1998 : Mariana Mariana 2 - (Pengarah)
1998 : Mariana Mariana 2 - (Penerbit)
1998 : Mariana Mariana 2 - (Cerita Asal)
1997 : Gemilang - (Penerbit)
1997 : Gemilang - (Lakon layar)
1997 : Gemilang - (Cerita Asal)
1997 : Gemilang - (Pengarah)
1996 : Maria Mariana - (Penerbit)
1996 : Maria Mariana - (Pengarah)
1996 : Maria Mariana - (Cerita Asal)
1996 : Maria Mariana - (Lakon layar)
1996 : Tragedi Oktober - (Penerbit Bersama)
1996 : Tragedi Oktober - (Cerita Asal)
1995 : Sembilu 2 - (Cerita Asal)
1995 : Sembilu 2 - (Pengarah)
1995 : Sembilu 2 - (Lakon layar)
1995 : Sembilu 2 - (Penerbit)
1994 : Sembilu - (Pengarah)
1994 : Sembilu - (Penerbit)
1994 : Sembilu - (Lakon layar)
1993 : Pemburu Bayang - (Pengarah)
1993 : Pemburu Bayang - (Penerbit)
1993 : Pemburu Bayang - (Lakon layar)
1990 : Bayangan Maut - (Cerita Asal)
1990 : Bayangan Maut - (Pengarah)
1990 : Bayangan Maut - (Penerbit)

__________________________________________________________________

Profile : David Teo








David Teo Chew Huat adalahseorang yang terkenal dalam industri filem Malaysia. Sebagai pengeluar untuk kedua-dua filem dan drama dan juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Metrowealth International Group (MIG). Selain MIG, ia turut mempunyai beberapa anak syarikat seperti Metrowealth Movies Production (MMP), MIG Records, MIG Sound, MIG Talent, MIG Publishing dan Metrowealth Cinema. Mejar David Teo merupakan penerbit yang banyak menghasilkan filem Melayu ketika ini.
Mejar David Teo berasal dari Kampung Buluh Kasap Segamat, Johor, Mejar David menerbitkan filem pertamanya, Syukur 21 pada 2000 dan MMP sudah pun mengeluar dan menerbit 72 filem setakat ini. Ngangkung adalah filemnya yang paling berjaya dan filem tempatan Malaysia yang paling terlaris apabila memungut kutipan melebihi RM8.4 juta. Tajuk lain seperti Jangan Pandang Belakang Congkak, jangan Pandang Belakang, Senario The Movie Episod 1, Remp -It dan V3 - samseng Jalanan adalah antara filem-filem MIG yang telah disenarai pendek sebagai top 20 filem di Malaysia.
Pada masa yang sama, Metrowealth Cinema menyediakan lapan sinipleks di tiga lokasi iaitu di Kajang, Selangor; Kuching, Sarawak dan Alor Setar, Kedah. Drama pertama terbitan syarikatnya adalah Biar Rahsia yang disiarkan sebanyak 26 episod menerusi RTM.
Selepas bergelumang sebagai produser, kini David berjinak-jinak pula sebagai pelakon. Dia tampil sebagai cameo menerusi filem Remp-It dan Susuk. Selain itu memegang watak utama menerusi Cerekarama TV3, Sederet 2 X 5 yang ke udara pada 17 November 2006.
Reputasi beliau bukan sahaja tersebar di Malaysia sahaja sebagai sebahagian daripada filem-filem beliau berjaya menembusi Asia Tenggara seperti Brunei, Singapura dan Filipina.
Jangan Pandang Belakang , Congkak , Jangan Tegur, Santau dan Jangan Pandang Belakang Congkak adalah antara kutipan tertinggi di peringkat antarabangsa dan mempunyai koleksi Congkak atas tertinggi dia filem Malaysia di Singapura di mana ia dikutip RM1.2 juta. Syarikat diuruskan oleh David Teo, Metrowealth (MIG ) tidak hanya memberi tumpuan kepada filem-filem mereka sendiri sahaja tetapi mereka juga bertindak sebagai pengedar untuk satu lagi penerbitan filem seperti filem Niyang Rapik, IMPAK Maksima, Wayang, Momok The Movie, Bilut dan banyak lagi.
Drama dan telemovie adalah produk utama yang lain daripada Metrowealth (MIG), yang mendapat drama berkualiti hasil aktif dan telemovie untuk penonton. Antara drama fenomena yang dihasilkan oleh Metrowealth (MIG ) di bawah David Teo adalah Adnan Sempit The Series, Adamaya dan banyak lagi disiarkan di televisyen tempatan seperti RTM, ASTRO dan rangkaian Media Prima.

Filem Terbitannya
· Ustaz Mu Tunggu Aku Datang
· Lagenda Budak Setan
· Zoo
· Cuti-Cuti Cinta
· Semerah Cinta Stilleto
· Selamat Pagi Cinta
· Adnan Semp-it
· Jangan Pandang Belakang Congkak 2
· Im Not Single
· Remp-it
· Tentang Bulan - arahan Ahmad Idham
· Jangan Pandang Belakang
· Anak Mami The Movie
· Anak Mami Kembali
· Mami Jarum
· Mami Jarum Junior
· Jutawan Fakir
· Kuliah Cinta
· Tangkai Jering
· Lady Boss
· Syukur 21
· No Problem
· Mistik
· Potret Mistik
· Alamak Toyol!

________________________________________________________________




Profile : Erma Fatima


Fatimah binti Rahmad atau lebih dikenali sebagai Erma Fatima adalah seorang pelakon, pengarah, penerbit filem, penerbit TV dan penulis di Malaysia.

Memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia menerusi "Hati Bukan Kristal" tahun 1990 dan "Femina" tahun 1994.Mula diperkenalkan menerusi filem "Rozana 87" yang diterbitkan pada tahun 1987.Merupakan pelakon yang berkaliber dan konsisten terhadap setiap lakonan beliau.Filem pertama yang beliau arahkan ialah "Perempuan Melayu Terakhir" lakonan Pelakon Wanita Terbaik FFM 20 Vanida Imran. Beliau juga mencipta sejarah apabila menerima anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Seoul, Korea Selatan.

Beliau berkahwin dengan pengarah popular, Bade Hj. Azmi dan memiliki 5 anak angkat.

Sekarang ini beliau masih lagi aktif berlakon dan mengarah drama serta filem. Antara sinematografi arahan beliau yang terkini adalah "Diva Popular"yang mengandingkan adiknya Umie Aida dan Penyanyi terkenal Ezlynn, Tahajjud Cinta, Dejavu di Kinabalu dan Kau Yang Terindah.

Pencapaian

Setakat ini, beliau meraih empat anugerah Festival Filem Malaysia (FFM), tiga Anugerah Skrin dan satu Anugerah Profima. Pada tahun 2003, filem arahan beliau, Embun tewas kepada filem arahan suaminya, KL Menjerit dalam kedua-dua anugerah berprestij iaitu anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) dan Anugerah Skrin masing-masing untuk kategori pengarah terbaik dan filem terbaik.


Filem



Tahun
Filem Kategori/Anugerah Hasil
1987 Puteri Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM Menang
1991 Hati Bukan Kristal Pelakon Wanita Terbaik FFM Menang
1992 Syahadat Pelakon Wanita Terbaik FFM Dicalonkan
Bintang Malam Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM Menang
1994 Femina Pelakon Wanita Terbaik FFM Menang
Fantasi Pelakon Wanita Terbaik FFM Dicalonkan
Pemburu Bayang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM Dicalonkan
2000 Perempuan Melayu Terakhir Pengarah Terbaik Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-7 Menang
2003 Embun Pengarah Terbaik Anugerah Skrin Dicalonkan

Telefilem

Tahun Judul Kategori/Anugerah Hasil
1995 Ratu Jamu Pengarah Terbaik Anugerah Skrin Menang
Aku Anak Siapa Pengarah Terbaik Anugerah Skrin Dicalonkan
Masih Ada Harapan Aktres Terbaik Anugerah Skrin Dicalonkan
2009 Tersasar Di Jalanmu Pengarah Terbaik Anugerah Skrin Menang
Lakon TV Terbaik Anugerah Skrin Menang
2011 Airmata Nur Salina Pengarah Terbaik Anugerah Skrin Dicalonkan
Lakon TV Terbaik Anugerah Skrin Menang



Drama Bersiri

Tahun         Judul                     Kategori/Anugerah                         Hasil
2011     Tahajjud Cinta              Pengarah Terbaik Anugerah Profima       Menang

__________________________________________________________________


Profile :