Saturday 9 November 2013



#1 - Robert Kuok Hock Nien




Dengan kekayaan bersih kira-kira USD 12.5 Bilion, Tan Sri Robert Kuok tersenarai sebagai orang terkaya di Malaysia oleh Forbes. Di peringkat global pula, beliau tersenarai sebagai orang ke-76 terkaya. Telah pun berkahwin dan dikurniakan 8 orang cahaya mata, beliau telah dilahirkan pada 6 Oktober 1923 di Johor Bahru, Johor dan berjaya menamatkan ijazah sarjana mudanya di Kolej Raffles, Singapura.


Melalui empayar beliau, Kumpulan Kuok (the Kuok Group), beliau menjana pendapatan melalui hasil gula, minyak sawit, perkapalan dan hartanah. Kumpulan Kuok juga mempunyai rangkaian perniagaan yang besar melalui syarikat-syarikat di bawah 3 kumpulan utama di Hong Kong, Singapura dan Malaysia. Nilai bersih kekayaan terkini beliau adalah lebih USD 100 juta berbanding dengan Mac 2012, dengan pemilikan baru miliknya iaitu pengeluar daging terkemuka China, Kumpulan Makanan Yurun, dan peningkatan harga saham Shangri-la Hotel dan Kerry Properties yang disenaraikan di Hong Kong. Sumber terbesar kekayaan beliau adalah kepentingan dalam Wilmar, sebuah syarikat minyak sawit terbesar di dunia. Namun kerana harga kelapa sawit yang agak merosot, saham Wilmar agak jatuh sejak setahun kebelakangan ini. Wilmar diuruskan oleh anak saudaranya, Kuok Khoon Hong, seorang warganegara Singapura yang juga jutawan yang memiliki kepentingan 10% dalam syarikat itu. Robert Kuok juga menguasai South China Morning Post, yang pernah menjadi akhbar harian yang paling menguntungkan di dunia.



#2 - Ananda Krishnan




Di tempat kedua senarai orang terkaya di Malaysia kali ini dikuasai oleh Tan Sri Ananda Krishnan dengan kekayaan bernilai USD 11.7 bilion setakat Mac 2013. Berusia 75 tahun, beliau menerima Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Harvard di samping sarjana muda dari Universiti Melbourne. Memiliki 3 orang anak hasil dari perkahwinannya, beliau agak popular berbanding dengan tokok-tokoh lain yang tersenarai dalam senarai orang terkaya di Malaysia.
 
Ananda Krishnan meningkatkan kekayaannya sebanyak USD 1.7 bilion berbanding tahun lalu, yangmembantu beliau mengekalkan status sebagai orang negara kedua terkaya selepas Robert Kuok. Beliau telah pun menjual kepentingan kecil dalam syarikat telekomunikasi Maxis, yang merupakan aset terbesar beliau. Dilaporkan perjanjian untuk menjual pegangannya dalam syarikat telekomunikasi Aircel di India kepada syariat Sistema dari Rusia dibatalkan. Oktober lepas, beliau menyenaraikan semula perniagaan domestik pengendali TV berbayar Astro yang telah beliau swastatakan pada tahun 2010, menyumbang kepada USD 1.5 bilion ke dalam nilai kekayaan beliau. Dalam tawaran yang berasingan, beliau menjual unitnya dalam perniagaan penjanaan kuasa dan perjudian, Tanjong PLC, bernilai lebih USD 3 bilion. Sementara itu sahamnya dalam penyedia perkhidmatan luar pesisir, Bumi Armada naik hampir satu perlima sejak disenaraikan pada 2011.



#3 - Lim Kok Thay dan Keluarga






Tan Sri Dato' Lim Kok Thay, anak lelaki kepada mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas Kumpulan Genting. Dengan kekayaan bernilai USD 6.6 bilion pada Febuari 2013, beliau yang memiliki ijazah sarjana muda dari University of London menduduki tangga ketiga. Telah berkahwin dan dikurniakan dengan 3 orang anak, beliau mewarisi perniagaan kelurganya yang memfokuskan kepada perniagaan perjudian dan pelancongan juga perladangan. Selain Malaysia, perniagaan beliau turut berkembang di Singapura, Hong Kong, United Kingdom dan beberapa negara lain. Kumpulan Genting juga merancang untuk membina pusat konvensyen dan perjudian di New York. Tahun lalu, sebahagian besar kekayaan yang sebelum ini disenaraikan di bawah namanya telahpun di bahagikan bersama ahli keluarga yang lain.

#4 - Teh Hong Piow






Pengasas bank ketiga terbesar di Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr. Teh Hong Piow berada di tempat keempat dengan nilai kekayaan USD 5.6 bilion. Berusia 83 tahun, beliau telahpun menyandang jawatan sebagai pengerusi Public Bank Berhad selama 47 tahun sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1966.
Beliau memulakan kariernya sebagai seorang kerani bank di beberapa buah institusi perbankan sebelum mengasaskan empayarnya sendiri selepas meletakkan jawatan terakhir sebagai Pengurus Besar di sebuah bank pada usia 34 tahun.


#5 -Quek Leng Chan 







Tan Sri Quek Leng Chan, 70 merupakan Pengerusi Hong Leong Group Malaysia di tempat keenam dengan kekayaan bernilai USD 4.8 bilion. Selain signifikan dengan industry perbankan negara, Hong Leong Bank, pengasas bersama kumpulan ini turut memiliki pegangan besar dalam syarikat yang disenaraikan di Hong Kong, iaitu Guoco Group yang memfokus kepada pengurusan pleburan dan kewangan, pembangunan hartanah dan pelaburan, pembrokan stok dan komoditi, insurans, penasihat pelaburan, pengurusan dana, juga perbankan dan kewangan. Operasi kumpulan ini terdapat di Hong Kong, Singapura, Malaysia dan China.
 
#6 - Lee Shin Cheng




Tan Sri Dato 'Lee Shin Cheng, 74, adalah hartawan perniagaan Cina Malaysia yang kebanyakannya terlibat dalam industri perladangan.Kekayaan beliau dianggarkan sebanyak USD 4.5 bilion.

Lee Shin Cheng mengetuai IOI Corporation Berhad (atau lebih dikenali sebagai Kumpulan IOI) sebagai pengerusi eksekutif. Bermula dengan pembuatan gas untuk industri, IOI kini turut dikenali dalam sektor perladangan dan komoditi juga pembangunan hartanah.
 
#7 - Yeoh Tiong Lay





Dengan kekayaan sebanyak USD 2.8 bilion, Tan Sri Dato 'Seri Dr Yeoh Tiong Lay adalah hartawan perniagaan Malaysia dan seorang dermawan yang terkenal. Beliau mengasaskan YTL Corporation, konglomerat Malaysia yang terbesar dan paling berjaya dengan kepentingan dalam pembinaan, utiliti, hotel, pembangunan hartanah dan teknologi.

 

#8 - Syed Mokhtar AlBukhary



Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary, 61, adalah  tokoh korporat Bumiputera terkaya di Malaysia. Dengan penglibatan dalam bidang perniagaan yang pelbagai yang termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta kejuruteraan dan kuasa, dia mempunyai nilai bersih dianggarkan USD 2.75 bilion menjadikan beliau ke-8 paling kaya di Malaysia.



#9 - Tiong Hiew King




Tan Sri Datuk Sir Hiew-King Tiong adalah pengasas dan pengerusi Kumpulan Rimbunan Hijau, sebuah syarikat pembalakan ditubuhkan pada tahun 1975. Operasi perkayuan luar negara di Papua New Guinea adalah yang terbesar di negara itu. Beliau juga mempunyai kepentingan dalam operasi pembalakan di Rusia.

Rimbunan Hijau Group Tiong juga mengendalikan Sin Chew Jit Poh dan Guang Ming Daily, dua daripada akhbar-akhbar utama negara Malaysia dan China, The Daily National di Papua New Guinea dan Ming Pao Holdings Ltd di Hong Kong. Beliau menjalin kumpulan penerbitan cina global dengan Ming Pao Enterprise miliknya, dan akhbar Ming Pao juga boleh didapati di San Francisco, New York, Vancouver dan Toronto. 




#10 - Vincent Tan




Tan Sri Dato 'Seri Vincent Tan Chee Yioun, 61, adalah seorang ahli perniagaan dan pelabur Malaysia. Beliau merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Corporation Berhad, yang terlibat dalam pelbagai perniagaan antaranya permotoran, golf, hartanah, pusat peranginan dan perjudian yang bernaung di bawah payung Kumpulan Berjaya.

Dalam bidang peruncitan dan perkhidmatan, syarikat ini boleh dikatakan paling ke hadapan dengan jenama-jenama seperti Cosway, 7-Eleven, Starbucks, Wendy's, Cosway, Singer, Kenny Rogers Roasters, Krispy Kreme Papa John dan U Mobile.

Selain itu, tokoh yang kekayaannya bernilai USD 1.3 bilion ini menguasai saham dalam pasukan bolasepak English Premier League, Cardiff City Football Club.
 

#11 - Tan Heng Chew & family





Dengan kekayaan dianggarkan sebanyak USD 1.2 bilion, Tan Heng Chew dan keluarga menduduki tempat ke sebelas dalam senarai ni. Mendiang bapa Tan Heng Chew adalah salah seorang adik-beradik yang mengasaskan perniagaan pengedaran kereta pada tahun 1957. Berkembang menjadi Tan Chong Motor Holdings dan syarikat tersebut kini memasang kenderaan bermotor, mengilang bahagian dan perdagangan peralatan industri dan barangan pengguna. Mereka merupakan pengedar eksklusif untuk Nissan dan Renault di Malaysia. Selain itu hasil syarikat turut dibantu oleh anak-anak syarikat di Vietnam dan Laos.




#12 - Shahril & Shahriman Shamsuddin



Adik-beradik ini mencatatkan jumlah kekayaan bernilai USD 1.05 bilion melalui pegangan mereka di dalam Sapura Group. Merupakan bisnes keluarga dan mempunyai beberapa pegangan lagi di dalam syarikat seperti Sapura Kencana Petroleum, Sapura Resources Berhad, Sapura Industrial Berhad dan masing-masing memegang 48% pegangan saham di dalam syarikat Sapura Holdings.


#13 - Chen Lip Keong





Kekayaan beliau dianggarkan sebanyak USD 1 bilion. Beliau merupakan pengasas syarikat perjudian NagaCorp, yang mempunyai monopoli perjudian di Phnom Penh. Syarikatnya melalui NagaWorld, kasino terbesar di Kemboja, disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong pada 2006. Harga sahamnya meningkat sekali ganda sejak tahun lalu, melonjakkan beliau yang sebelum ini bertugas sebagai doktor perubatan ke dalam senarai terbaru ini. Pada November tahun lalu, beliau menyempurnakan pecah tanah untuk meluaskan Naga2 di mana projek ini melibatkan pembinaan 2 buah hotel baru, restoran, kompleks hiburan dan beli-belah. Beliau juga menguasai syarikat pembangunan hartanah dan pelancongan, Karambunai.

#14 - Lee Oi Hian & Lee Hau Hian




Kekayaan adik beradik ini turun sebanyak USD 100 juta kerana kejatuhan saham Baru Kawan disebabkan lambakan komoditi minyak sawit di pasaran. Lee Oi Hian, abang, memegang jawatan sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif manakala adiknya, Lee Hau Hian bertindak sebagai Pengarah Urusan. Lee Oi Hian juga merupakan Ketua Eksekutif syarikat perladangan yang disenaraikan, Kuala Lumpur Kepong.

#15 - Mokhzani Mahathir




Kekayaan Datuk' Mokhzani Mahathir, 52, meningkat sebanyak 43 peratus berbanding tahun lepas selepas syarikat miliknya, Kencana Petroleum bergabung dengan SapuraCrest Petroleum. Beliau bertindak sebagai Naib Pengerusi Eksekutif dalam SapuraKencana ini, penyedia perkhidmatan minyak dan gas terbesar di Malaysia. Beliau juga merupakan Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang.

#16 - Desmond Lim Siew Choon




Datuk Desmond Lim, 53, merupakan pemilik syarikat hartanah Pavilion Real Estate Investment Trust yang membangunkan projek Pavilion yang meliputi pusat beli-belah, pejabat dan perumahan mewah di tengah kotaraya Kuala Lumpur. Syarikat ini merupakan syarikat pemegang amanah pelaburan hartanah (REIT) kedua terbesar di Malaysia.

 

#17 - Azman Hashim


Tan Sri Dato’ Azman Hashim, 73, merupakan pengerusi AmBank Group, bank kelima terbesar di Malaysia dari segi aset. Kumpulan ini mengambilalih Kurnia Insuran pada Setember tahun lalu menjadikannya syarikat penginsuran am terbesar di Malaysia.

#18 - Surin Upatkoon



Tan Sri Dato Surin Upatkoon, 64, warga Thailand menyertai pembelian saham Multi-Purpose Holdings, yang mana beliau kini merupakan pemegang saham terbesar dan pengarah urusan. Syarikat ini juga memiliki syarikat permainan, Magnum.

#19 - Goh Peng Ooi




Kekayaan Goh Peng Ooi naik sebanyak 72 peratus selepas saham Silverlake Axis, syarikat perisian yang memfokus kepada bidang perbankaan dan kewangan serata dunia melonjak sebanyak 50 peratus tahun lalu.

#20 - Kamarudin Meranun



Datuk Kamarudin Meranun adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia. Beliau menjalankan AirAsia bersama Tony Fernandes di mana beliau memiliki 11 peratus saham. Beliau turut melabur di dalam semua perniagaan kumpulan seperti perhotelan, telekomunikasi, pendidikan, insuran dan sebagainya. Dapatkan maklumat lanjut mengenai tokoh ini dalam artikel khas mengenai beliau di sini.