Friday 13 December 2013



Aktiviti Kelas (Idea Produk Dari Sudut yang Berbeza)

Pengenalan
Aktiviti kelas kali ini mencabar minda setiap Ahli Lembaga Pengarah SquareApps untuk berfikir di luar kotak. Dengan berinspirasikan masalah yang dihadapi oleh pengguna di Litar Sepang dan idea daripada pembelajaran kelas tentang Kreativiti & Inovasi.

Idea
Perbincangan dijalankan dengan bantuan sumber-sumber luar seperti maklumat dari internet dan juga pengalaman Ahli Lembaga Pengarah SquareApps sendiri, kami telah menyenaraikan beberapa masalah yang dihadapi oleh peminat sukan permotoran di Malaysia apabila berkunjung ke Litar Sepang.

Masalah
Masalah yang sering dikaitkan dengan pengunjung Litar Sepang adalah dari segi factor cuaca yang sangat panas dan hujan. Pengunjung juga menghadapi masalah dari segi tiada tempat duduk bagi yang menonton di luar litar. Selain itu tiada tempat untuk meletakkan makanan dan minuman semasa menonton.

Penyelesaian (Produk SquareApps)
SquareApps telah muncul dengan membawa penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh pengunjung-pengunjung Litar Sepang. GPChair adalah ilham penyelesaian kepada masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pengunjung Litar Sepang

GPChair adalah hasil daripada pengubah suaian yang dilakukan daripada gabungan kerusi sebuah kerusi, payung, dan tempat letak minuman kepada sebuah kerusi serbaguna. Kerusi ini dilengkapi dengan soket untuk diletakkan payung. Ia juga disertakan dengan tempat meletak minuman. Soket payung dan tempat meletak minuman ini ada di kiri dan kanan penyandar GPChair. GPChair ini sama seperti kerusi lipat dipasaran, tetapi ditambah baik dengan adanya kaki kerusi boleh laras di mana ianya bersesuaian dengan penggunaannya dipermukaan tanah yang tidak rata dan berbukit. Selain itu, di bahagian penyandar kerusi boleh diletakkan logo pasukan kegemaran pengguna. GPChair boleh diangkat dan dilambai-lambai oleh pengguna untuk menunjukkan sokongan mereka kepada pasukan pilihan kerana terdapat logo pasukan pilihan di penyandar kerusi.

Dengan adanya GPChair, beberapa masalah pengunjung Litar Sepang dapat diselesaikan.

Galeri Produk dan Perbincangan

Mendengar penerangan aktiviti dari pensyarah

 Bertungkus lumus menyiapkan rekabentuk

GPChair hasil perbincangan Ahli Lembaga Pengarah