Thursday 5 December 2013

Tugasan 'Core Entity Sdn Bhd Blue Ocean Strategy' 
Nama: Ishak Bin Mat
Matrik: SX110263CRS04


Core Entity Sdn Bhd. Blue Ocean Strategy

Syarikat kami menjalankan kerja-kerja secara berjadual dengan Telekom Malaysia dengan kata lain, kami adalah diantara kontraktor utama Telekom Malaysia. Prosedur yang digunakan untuk setiap projek dari TM adalah seperti berikut

  1. Mendapat Surat Tawaran kerja dari pihak perancangan TM
  2. Menjawab Surat Tawaran kerja tersebut kepada TM dan menetapkan tarikh untuk membuat lawatan tapak.
  3. Menjalankan lawatan tapak seberti yang dirancang
  4. Pihak kami akan menyediakan sebut harga (Built Of Quantity) dan diserahkan kepada TM
  5. Dari BOQ, akan dikeluarkan senarai barang yang diperlukan untuk projek tersebutPenjaga Stor perlu ke Malaysian Logistic untuk mengeluarkan barang 
  6. Kerja dijalankan
  7. Selesai kerja justifikasi terhadap projek dijalankan 
  8. Penyerahan dokumen projek
  9. Tuntutan bayaran

Berikut adalah Blue Ocean Strategy untuk Core Entity Sdn Bhd



Raise
  • Tingkatkan bilangan team untuk menjalankan kerja. Nilai kontrak adalah berdasarkan bilangan team yang ada
  • Tingkatkan pengawasan kalibrasi mesin untuk menambah kejituan mesin dan meningkatkan produktiviti.
Reduce
  • Kurangkan masa untuk siapkan dokumen projek bagi mempercepatkan proses tuntutan bayaran upah.
Create
  • Wujudkan sistem inventori untuk pengawasan setor dan barang-barang yang cekap
  • Tubuhkan team untuk kerja-kerja awam 
  • Menjadi pengedar barangan telekomunikasi yang diperlukan oleh pihak TM
Eliminate
  • Mansuh penggunaan kontraktor luar bagi kerja-kerja civil. Kerana kerja-kerja civil akan dijalankan oleh team yang akan di wujudkan kelak.