Friday 27 December 2013




1.0 Idea Perniagaan

1.1 Pernyataan Masalah

Boleh dikatakan kebanyakan masyarakat di Malaysia menggemari aktiviti “window shopping” di mana-mana gudung beli belah. Terdapat banyak pusat beli belah terkemuka di Malaysia dan kebanyakkannya menyediakan parking kereta di tingkat bawah banggunan. Berikut adalah masalah yang SquareApps kenal pasti dalam keadaan ini.
  • Masalah utama adalah untuk mendapatkan lot parking kosong disebabkan terlalu banyak kenderaan yang parking.
  • Adakala kereta yang datang lebih lewat akan dapat parking terlebih dahulu sebelum kereta yang lebih awal masuk ke kawasan parking kenderaan.
  • Pengguna tidak mengetahui tempat pembayaran parking.
  • Seringkali pengguna terlupa di mana kenderaannya diletakkan disebabkan kawasan parking kenderaan yang besar dan bertingkat-tingkat
  • pengguna perlu menuggu giliran yang lama untuk membuat pembayaran parking
Masalah-masalah ini menyebabkan berlakunya pembaziran masa yang sepatutnya diluangkan untuk membeli belah seterusnya ianya juga melibatkan pembaziran tenaga dengan pembaziran petrol semasa pengguna berpusing-pusing mencari parking. SquareApps akan muncul dengan penyelesaian kepada masalah ini dan akan diterangkan nanti.

1.2 Keperluan & Peluang

Masalah-masalah yang timbul ini membuatkan SquareApps mengkaji keperluan pengguna dan peluang perniagaan kepada SquareApps. Dari segi pemerhatian SquareApps,
  • Pengguan mahu menghabiskan masa berharga mereka untuk berjalan-jalan bukan untuk mencari parking
  • Pengguna yang sudah bosan mencari parking akhirnya meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya kemudiannya menimbulkan masalah kepada pengguna lain.
  • Pengguna mahukan servis parking yang bagus merangkumi kemaskini kedudukan parking lot yang kosong dan bilangan lot parking yang kosong.
SquareApps dapat menghidu satu peluang yang baik dalam memenuhi keperluan pengguna terhadap perkhidmatan parking yang sedia ada. SquareApps akan menggabungkan asas kejuruteraan dan teknologi komputer untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penggua.

Terdapat banyak syarikat pengusaha parking di Malaysia amnya dan Kuala Lumpur khasnya. SquareApps akan menjual produk baru ini kepada setiap pengusaha parking yang ada. Ini merupakan satu peluang perniagaan yang besar.

Produk terkini dari SquareApps yang dimaksudkan adalah i-Parking di mana ideanya, ianya adalah satu aplikasi yang perlu di muatkan ke dalam telefon pintar dan melalui aplikasi ini, pengguna akan dapat mengenal pasti parking lot yang kosong masuk ke kawasan parking dengan hanya mengimbas “QR Code” kemudiannya membuat pembayaran secara atas talian tanpa mencari tempat pembayaran parking. Penjelasan yang lebih teliti di bahagian Rekabentuk Produk.

2.0 Rekabentuk Produk

Produk ilham dari SquareApps adalah i-Parking. SquareApps akan membangunkan aplikasi untuk telefon pintar bertujuan untuk memudahkan pengguna mencari parking.

Berikut adalah lakaran awal untuk aplikasi yang bakal di bangunkan oleh SquareApps



3.0 Servis Produk

3.1 Faedah dan Kelebihan Produk

iParking ini akan menyelesaikan masalah pengguna untuk mencari parking di tempat yang hendak mereka tuju. Ideanya, proses penggunaan iParking adalah seperti berikut:

  • Secara Terus-Login>Enter Parking>Lock Location>Payment>Exit
  • Dari Rumah-Login>Online Booking>Lock Location>Enter Parking>Payment>Exit
     
Penerangan setiap peringkat adalah seperti berikut:
 
Login-Pengguna perlu mendaftar akaun mereka sebelum menggunakan iParking, Bagi pengguna yang telah mendaftar boleh terus log masuk dalam sistem.

Enter Parking-Masuk ke kawasan parking. Ketika hendak masuk ke kawasan parking, pengguna perlu scan “QR Code” pada telefon pintar di pintu masuk (tempat ambil tiket) kemudian pengguna akan diberikan maklumat parking iaitu petak parking beserta koordinat petak parking.

Lock Location-pengguna boleh kunci lokasi kenderaan untuk memudahkan pengguna untuk mendapatkan semula kenderaan selepas membeli belah. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai salah satu sistem keselamatan untuk mengelakkan kecurian kereta atau sebarang kecurian barangan di dalam kereta.

Payment-Pengguna boleh membuat bayaran parking terus secara atas talian tanpa perlu beratur di mesin pembayaran tiket. Walaubagaimana pon, bagi pengguna yang ingin juga membayar di mesin bayar tiket, pengguna hanya perlu scan “QR Code” di telefon pintar mereka sahaja untuk pembayaran. Ini juga termasuk bayaran awal untuk tempahan parking online.

Online Booking-Pengguna boleh membuat tempahan parking awal sebelum mereka bergerak ke pusat beli belah di mana pengguna boleh membuat pilihan petak parking dari database parking lot.

Dengan adanya iParking:
  • Pengguna tidak lagi perlu membazirkan masa untuk mendapatkan parking kosong, kerana aplikasi ini akan menunjukkan lokasi parking lot yang kosong apabila pengguna memasuki kawasan parking. Pengguna juga boleh membuat tempahan lot parking lebih awal sebelum mereka keluar ke pusat beli belah.
  • Pengusaha parking dapat member perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggan mereka.
  • Keselamatan kenderaan lebih terjamin.
  • Boleh membentuk disiplin rakyat Malaysia dari segi tidak lagi berlaku perebutan lot parking kosong.
  • Masa yang dahulunya dibuang untuk mencari parking kini boleh digunakan untuk bersuka-ria bersama yang tersayang.
  •  Sistem parking yang cekap dan teratur.
 
3.2 Blue Ocean Strategy

Raise
  • Optimum penggunaan masa beharga pengguna dengan keluarga bukan di kawasan parking
  • Meningkatkan tahap keselamatan kawasan parking dan kenderaan pengguna
Reduce
  • kos yang ditanggung pengusaha lot parking untuk mengupah “runner”.
  • Penggunaan tiket parking. Tiket parking sedia ada tidak diperlukan dengan penggunaan iParking.
Eliminate
  • Jika kesemua pengguna menggunakan iParking, tiket parking boleh terus dimansuhkan penggunaanya.
Create
  • Tempahan parking secara atas talian
  • Periksa jumlah parking lot kosong
  • Cara pembayaran secara atas talian yang lebih fleksibel
4.0 Potensi Pasaran dan Strategi Pemasaran

4.1 Target Pasaran

SquareApps menyasarkan penjualan iParking ini kepada dua entity iaitu:

Pengusaha Lot Parking di Pusat Beli Belah
Sistem parking baru perlu di pasang kepada sistem-sistem parking sedia ada bagi membolehkan iParking berfungsi. SquareApps akan menjual sistem baru ini kepada pengusaha lot parking yang berminat untuk menggunakan iParking.

Pengguan Telefon pintar
Aplikasi iParking untuk telefon pintar akan dijual kepada pengguna. Jika SquareApps dapat menjual lebih banyak sistem iParking kepada pengusaha lot parking, jumlah pengguna yang akan menggunakan aplikasi iParking di telefon pintar juga akan bertambah.

4.2 Potensi Pasaran
SquareApps yakin setiap pengusaha lot parking di pusat beli belah akan berminat dengan iParking kerana iParking akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ramai pengguna semasa ingin parking. Tambahan pula terdapat juga pusat-pusat beli belah yang baru dibuka bermaksud akan ada bakal pengguna iParking di situ.

4.3 Plan Pemasaran & Strategi Promosi

Pelan pemasaran yang SquareApps gunakan untuk menjual iParking adalah 5P seperti berikut

Produk
  • iParking-perkakasan yang perlu dipasang kepada sistem parking sedia ada
  • iParking-aplikasi di telefon pintar.
  • maintenance kepada sistem iParking.
Price
  • Penjualan sistem iParking kepada pengusaha lot parking mengikut “volume license” 1 harga dengan kos pemasangan kepada 1 kawasan parking, atau 1 harga untuk kos pemasangan sistem iParking kepada 2 kawasan parking atau lebih. Ini kerana setiap pengusaha parking sudah semestinya mempunyai kawasan parking yang lebih dari satu.
  •  Penjualan aplikasi iParking. Penentuan harga adalah dengan 50 peratus keuntungan dari kos untuk pemasangan satu sistem di tempat parking.
Promotion
SquareApps akan menjalankan satu “Pilot Project” di mana SquareApps akan bekerjasama dengan satu syarikat pengusaha lot parking yang terkemuka untuk memperkenalkan sistem iParking kepada pengguna. Kerjasama ini adalah dari segi pemasangan sistem iParking dengan harga yang jauh lebih murah kepada pengusaha yang ingin bekerjasama dengan SquareApps dan membuat promosi besar-besaran di lot parking tersebut bagi memperkenalkan iParking kepada pengguna.

Dengan ini, pengguna akan dapat merasai kelainan iParking seterusnya meningkatkan permintaan pengguna hingga menyebabkan syarikat pengusaha lot parking lain juga akan menggunakan sistem iParking oleh SquareApps.

Place
SquareApps memerlukan satu pejabat urusan untuk pekerja-pekerja membangunkan sistem iParking ini. SquareApps juga akan membuat jualan sendiri produk kepada pelanggan.

People
Bagi SquareApps, pekerja adalah asset yang paling berharga. SquareApps akan menggaji System Analyst, Designer, Programmer, System Tester, Engineer,dan juga Technician untuk membangunkan 
sistem iParking, Pemasangan sistem iParking dan maintenance kepada sistem iParking.

Vendor juga akan terlibat dalam projek ini di mana mereka akan membekalkan perkakasan untuk membangunkan satu sistem iParking yang lengkap.

5.0 Kebolehlaksanaan Komersial & Daya Maju

Setelah mendapat idea perniagaan daripada masalah parking ini, SquareApps menjalankan kaji selidik ke atas produk yang bakal dikeluarkan oleh SquareApps iaitu iParking. Berikut adalah aspek penting dalam menentukan potensi perniagaan ini.

5.1 Kebolehlaksanaan Produk dan Servis
Kesimpulan daripada kaji selidik SquareApps, rata-rata pengguna menantikan produk SquareApps iaitu iParking kerana produk ini akan dapat menyelesaikan masalah pengguna mencari parking di tempat membeli belah. Boleh dikatakan sekarang adalah masa yang sesuai dengan trend terkini yang mana penggunaan telefon pintar amat popular di kalangan penduduk Malaysia. Hal ini menunjukkan pengguna sudah bersedia untuk menggunakan aplikasi yang bakal SquareApps jual.

5.2 Kebolehlaksanaan Industri/ Sasaran Pasaran
Pasaran sasaran iParking adalah pengusaha-pengusaha lot parking terutamanya di Kuala Lumpur. Dengan kepadatan penduduk yang ramai dan juga masalah yang sama sering berlaku untuk mendapatkan parking di pusat beli belah, pastinya pengusaha lot parking mahukan transformasi yang menyumbang kepada meningkatnya pendapatan mereka disamping menyelesaikan masalah yang sudah kian lama dihadapi oleh pengguna. Perkara ini menunjukkan produk iParking ini bakal menarik minat pengusaha-pengusaha lot parking di Malaysia.

5.3 Kebolehlaksanaan Organisasi

SquareApps akan menggaji pekerja yang berpengalaman dalam pembangunan aplikasi serta pemasangan perkakasan untuk sistem baru. Berbekalkan kecekapan dan pengalaman pekerja serta dedikasi dari Ahli Lembaga Pengarah SquareApps sendiri akan memperkukuhkan organisasi ini dalam memastikan perniagaan yang SquareApps ceburi berjaya berkembang maju.
Tambahan dengan adanya satu pejabat urusan, SquareApps mampu bangun dan member satu impak baru dalam industri yang diceburi. Segala urusan pembangunan aplikasi akan dijalankan di pejabat urusan ini. Dengan kelengkapan gudang di bawah pejabat urusan SquareApps, membolehkan segala perkakasan yang diperlukan untuk pemasangan sistem baru dapat juga disimpan di sini.

5.4 Kebolehlaksanaan Kewangan

Setiap Ahli Lembaga Pengarah mengeluarkan modal permulaan untuk perniagaan ini membolehkan masalah untuk memulakan perniagaan dapat diselesaikan.Modal permulaan dikenalpasti berdasaran perbandingan dengan perniagaan pembangunan sistem lain yang sedia ada besertakan pembelian perkakasan untuk sistem baru (iParking). Tugas seterusnya adalah untuk mendapatkan pulangan modal untuk projek jualan yang pertama.



6.0 Model Perniagaan

Strategi Utama Core Strategy

Misi Mission Statement
Tujuan utama SquareApps membangunkan aplikasi iParking ini adalah untuk menyelesaikan masalah yang sudah lama membebankan para pengguna. Aplikasi iParking ini sangat reliven dengan penggunaan telefon pintar menjadi trend masa kini. iParking akan memudahkan pengguna mendapatkan parking di mana-mana kawasan parking yang menggunakan sistem iParking.

Produk / Skop Pasaran Product/Market Scope

  • iParking-perkakasan yang perlu dipasang kepada sistem parking sedia ada
  • iParking-aplikasi di telefon pintar.
  • maintenance kepada sistem iParking.

Perbezaan dengan Pesaing Basis of Differentiation
Setakat kini, masih tiada lagi pemberi perkhidmatan parking yang sebegini di Malaysia. SquareApps adalah syarikat pertama yang memperkenalkan produk ini di Malaysia.

Pengusaha parking di Malaysia hanya menggunakan tiket untuk kemasukkan pengguna dan untuk tujuan pembayaran. SquareApps memperkenalkan sistem yang membolehkan pengguna masuk ke kawasan parking hanya dengan mengimbas “QR Code” pada telefon pintar pengguna sahaja tanpa perlu menggunakan tiket.

iParking yang diperkenalkan oleh SquareApps juga berfungsi sebagai agen untuk menyelesaikan masalah yang sering dihadapi oleh pengguna semasa hendak parking di mana-mana pusat beli belah. Diantara masalah yang dapat diselesaikan dengan iParking adalah, pengguna sudah dapat mengetahui di mana letaknya lot parking kosong dengan itu, pengguna tidak lagi perlu berpusing-pusing di kawasan parking untuk mendapatkan parking.

Strategi Sumber Strategic Resources

Kecekapan Core Competencies
SquareApps amat mementingkan kepuasan pengguna. Sehubungan dengan itu, SquareApps membangunkan iParking iaitu satu sistem yang cekap untuk memansuhkan masalah yang dihadapi oleh setiap pengguna yang hendak meletak kenderaan mereka di kawasan parking.

Aset yang bernilai Strategic Assets
SquareApps mempunyani asset-aset penting untuk membangunkan iParking, seterusnya memperluaskan penggunaan iParking di seluruh Malaysia

  • Pekerja yang teliti, cekap dan bersungguh-sungguh. (System Analyst, Designer, Programmer)
  • Perkakasan komputer dan aplikasi komputer untuk membangunkan iParking.
  • Vendor yang membekalakan keperluan perkakasan untuk pemasangan sistem iParking. 

Rangkaian Rakan Niaga Partnership Network
SquareApps bekerjasama dengan salah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan parking terkemuka di Kuala Lumpur untuk “Pilot Project” bagi tujuan promosi produk dan untuk memperkenalkan iParking kepada pengguna.

Pembekal Suppliers
Bekalan utama untuk SquareApps memulakan perniagaan adalah dari segi bekalan perkakasan komputer dan perisian komputer yang akan digunakan dalam pembangunan iParking.
SquareApps juga bekerja sama dengan pembekal alatan yang akan dipasang di tempat-tempat parking yang menggunakan iParking.

Antaramuka Pengguna Customer Interface

Sasaran Pasaran Target Market
SquareApps menyasarkan penjualan iParking ini kepada dua entity iaitu:

Pengusaha Lot Parking di Pusat Beli Belah
Sistem parking baru perlu di pasang kepada sistem-sistem parking sedia ada bagi membolehkan iParking berfungsi. SquareApps akan menjual sistem baru ini kepada pengusaha lot parking yang berminat untuk menggunakan iParking.

Pengguan Telefon pintar
Aplikasi iParking untuk telefon pintar akan dijual kepada pengguna. Jika SquareApps dapat menjual lebih banyak sistem iParking kepada pengusaha lot parking, jumlah pengguna yang akan menggunakan aplikasi iParking di telefon pintar juga akan bertambah.

Struktur Harga Pricing Structure
  • Penjualan sistem iParking kepada pengusaha lot parking mengikut “volume license” 1 harga dengan kos pemasangan kepada 1 kawasan parking, atau 1 harga untuk kos pemasangan sistem iParking kepada 2 kawasan parking atau lebih. Ini kerana setiap pengusaha parking sudah semestinya mempunyai kawasan parking yang lebih dari satu.
  • Penjualan aplikasi iParking
  • Penentuan harga adalah dengan 50 peratus keuntungan dari kos untuk pemasangan satu sistem di tempat parking.