Friday 13 December 2013



Aktiviti Kelas (Penubuhan Kumpulan Perniagaan dan “Business Card”)

Pengenalan
Setiap pelajar diminta untuk memperkenalkan diri serta kebolehan masing-masing sebelum memilih ahli kumpulan. Tujuan memperkenalkan diri setiap pelajar adalah untuk setiap orang mengetahui kebolehan rakan-rakan di dalam kelas seterusnya membuat keputusan untuk memilih ahli kumpulan. Dalam dunia pekerjaan aktiviti ini lebih kepada sesi temuduga. Setiap majikan berhak untuk menggaji sesiapa yang mereka kehendaki.

Syarikat adalah kata pengganti kepada kumpulan dalam kelas Keushawanan IT ini. Setiap syarikat dianggotai oleh 4 orang ahli lembaga pengarah. Mesyuarat Agung pertama diadakan di mana agenda paling penting syarikat untuk melantik ahli lembaga pengarah dalam memacu syarikat untuk Berjaya. Berikut adalah ahli lembaga pengarah syarikat kami


Nama
Jawatan
1
Zuhairi Zainal
Ketua Pegawai Eksekutif
2
Ishak Mat
Ketua Pegawai Operasi
3
Ahmad Zahili Mohd Noor
Ketua Pegawai Pemasaran
4
Hafiz Ahmad Desa
Ketua Pegawai Kewangan

Syarikat kami dinamakan SquareApps selaras dengan produk yang akan kami jual. SquareApps adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan pembangunan aplikasi komputer dan telefon pintar. Ia merangkumi pelbagai aplikasi contohnya ‘games’, peta dan lain-lain.
Agenda penting dalam mesyuarat pertama iaitu perlantikan Ahli Lembaga Pengarah, Menamakan Syarikat dan produk yang akan dijual selesai dibincangkan. Seterusnya bagi memperkenalkan lagi SquareApps kepada orang ramai, pereka imej syarikat diarahkan untuk mereka bentuk logo syarikat dan seterusnya meraka bentuk kad perniagaan.

Logo Syarikat




Kad Perniagaan