Friday, 27 December 2013






Strategi Utama Core Strategy

Misi Mission Statement
Tujuan utama penubuhan kedai cuci kereta Sungai Sekamat adalah untuk memberi perkhidmatan cucian kereta yang terbaik kepada penduduk sekeliling terutamanya penduduk Taman Sekamat,Taman Kasih, Kampung Sungai Sekamat dan taman-taman serta kampung-kampung di sekitar kawasan berkenaan.

Produk / Skop Pasaran Product/Market Scope
Perkhidmatan utama di Kedai Cuci Kereta Sungai Sekamat adalah seperti berikut
  • Cuci Kereta (Luar)
  • Cuci Kereta (Dalam)
  • Cuci Kusyen Kereta
  • Vacum
  • Polish / Wax
  • Cuci Motosikal
  • Cuci Permaidani

Perbezaan dengan Pesaing Basis of Differentiation
Biarpun Kedai Cuci Kereta Sungai Sekamat kelihatan sama seperti kedai cuci kereta yang lain dari segi produk, tetapi apa yang membuatkan Kedai Cuci Kereta Sungai Sekamat menjadi pilihan adalah kerana:
  • Perkidmatan yang baik kepada pelanggan. Setiap pelanggan Kedai Cuci Kereta Sungai Sekamat mendapat perkhidmatan cucian kereta yang cepat dan cucian kereta yang baik.
  • Hubungan baik pekerja Kedai Cuci Kereta Sungai Sekamat dengan penduduk khususnya pelanggan merupakan salah satu dari tarikan pelanggan.
  • Kedai Cuci Kereta Sungai Sekamat juga menawarkan harga servis yang jauh lebih murah berbanding pesaing-pesaing yang lain. 

Sumber Strategik Strategic Resources

Kecekapan Core Competencies
Kedai Cuci Kereta Sungai Sekamat amat mementingkan kepuasan di mana setiap pekerja yang mencuci hendaklah mencuci dengan teliti dan pantas. Hasilnya, tahap kebersihan kereta adalah lebih baik berbanding cucian di kedai cuci pesaing.

Aset yang bernilai Strategic Assets
Tanpa aset-aset ini, Kedai Cuci Kereta Sungai Sekamat tidak dapat menjalankan perniagaan dengan lancar. Berikut adalah asset beharga bagi Kedai Cuci Kereta Sungai Sekamat

  • Pekerja yang teliti, cekap dan bersungguh-sungguh.
  • Simpanan air yang mencukupi
  • Simpanan Sabun (Snow wash)
  • Simpanan cecair kimia (Chemichal)
  • Servis yang cepat dan teliti (Kereta bersih walaupon masa mencuci singkat)
  • Penyedut hampa gas yang berkualiti.    


Rangkaian Rakan Niaga Partnership Network

Pembekal Suppliers
Dalam menjalankan perniagaan harian, Kedai Cuci Kereta Sungai Sekamat mendapatkan bekalan sabun dan segala jenis cecair pencuci dari pembekal yang sama. Pembekal ini akan membuat penghantaran terus ke Kedai Cuci Kereta Sungai Sekamat. Dengan ini, dapat menjimatkan kos untuk keluar mendapatkan bekalan dan pekerja boleh memberi fokus kepada mencuci sahaja.


Antaramuka Pengguna Customer Interface

Sasaran Pasaran Target Market
Sasaran utama pasaran bagi Kedai Cuci Kereta Sungai Sekamat adalah penduduk di Taman Sekamat, Kampung Sungai Sekamat, Taman Kasih dan penduduk di sekitar kawasan ini.

Kedai Cuci Kereta Sungai Sekamat juga menyasarkan lebih pengguna apabila beberapa taman perumahan baru dibuka berhampiran dengan Kedai Cuci Kereta ini.


Struktur Harga Pricing Structure
Kedai Cuci Kereta Sungai Sekamat menawarkan harga yang berpatutan dengan servis yang diberikan malahan ianya lebih murah berbanding pesaing-pesaing.

Harga yang ditetapkan kepada pengguna adalah merupakan upah kepada setiap servis yang diberikan serta mengikut jenis kenderaan.