1.0 Idea Perniagaan
1.1 Pernyataan Masalah
Boleh dikatakan kebanyakan
masyarakat di Malaysia menggemari aktiviti “window shopping” di mana-mana
gudung beli belah. Terdapat banyak pusat beli belah terkemuka di Malaysia dan
kebanyakkannya menyediakan parking kereta di tingkat bawah banggunan. Berikut
adalah masalah yang SquareApps kenal pasti dalam keadaan ini.
- Masalah utama adalah untuk mendapatkan lot parking kosong disebabkan terlalu banyak kenderaan yang parking.
- Adakala kereta yang datang lebih lewat akan dapat parking terlebih dahulu sebelum kereta yang lebih awal masuk ke kawasan parking kenderaan.
- Pengguna tidak mengetahui tempat pembayaran parking.
- Seringkali pengguna terlupa di mana kenderaannya diletakkan disebabkan kawasan parking kenderaan yang besar dan bertingkat-tingkat
- pengguna perlu menuggu giliran yang lama untuk membuat pembayaran parking
Masalah-masalah ini menyebabkan
berlakunya pembaziran masa yang sepatutnya diluangkan untuk membeli belah
seterusnya ianya juga melibatkan pembaziran tenaga dengan pembaziran petrol
semasa pengguna berpusing-pusing mencari parking. SquareApps akan muncul dengan
penyelesaian kepada masalah ini dan akan diterangkan nanti.
1.2 Keperluan & Peluang
Masalah-masalah yang timbul ini
membuatkan SquareApps mengkaji keperluan pengguna dan peluang perniagaan kepada
SquareApps. Dari segi pemerhatian SquareApps,
- Pengguan mahu menghabiskan masa berharga mereka untuk berjalan-jalan bukan untuk mencari parking
- Pengguna yang sudah bosan mencari parking akhirnya meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya kemudiannya menimbulkan masalah kepada pengguna lain.
- Pengguna mahukan servis parking yang bagus merangkumi kemaskini kedudukan parking lot yang kosong dan bilangan lot parking yang kosong.
SquareApps dapat menghidu satu
peluang yang baik dalam memenuhi keperluan pengguna terhadap perkhidmatan
parking yang sedia ada. SquareApps akan menggabungkan asas kejuruteraan dan
teknologi komputer untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penggua.
Terdapat banyak syarikat
pengusaha parking di Malaysia amnya dan Kuala Lumpur khasnya. SquareApps akan
menjual produk baru ini kepada setiap pengusaha parking yang ada. Ini merupakan
satu peluang perniagaan yang besar.
Produk terkini dari SquareApps
yang dimaksudkan adalah i-Parking di
mana ideanya, ianya adalah satu aplikasi yang perlu di muatkan ke dalam telefon
pintar dan melalui aplikasi ini, pengguna akan dapat mengenal pasti parking lot
yang kosong masuk ke kawasan parking dengan hanya mengimbas “QR Code” kemudiannya
membuat pembayaran secara atas talian tanpa mencari tempat pembayaran parking. Penjelasan yang lebih teliti di
bahagian Rekabentuk Produk.
2.0 Rekabentuk Produk
Produk ilham dari SquareApps
adalah i-Parking. SquareApps akan
membangunkan aplikasi untuk telefon pintar bertujuan untuk memudahkan pengguna
mencari parking.
Berikut adalah lakaran awal untuk
aplikasi yang bakal di bangunkan oleh SquareApps
3.0 Servis Produk
3.1 Faedah dan Kelebihan Produk
iParking ini akan menyelesaikan masalah pengguna untuk mencari
parking di tempat yang hendak mereka tuju. Ideanya, proses penggunaan iParking
adalah seperti berikut:
- Secara Terus-Login>Enter Parking>Lock Location>Payment>Exit
- Dari Rumah-Login>Online Booking>Lock Location>Enter Parking>Payment>Exit
Penerangan setiap peringkat adalah seperti berikut:
Login-Pengguna perlu mendaftar akaun mereka sebelum menggunakan
iParking, Bagi pengguna yang telah mendaftar boleh terus log masuk dalam
sistem.
Enter Parking-Masuk ke kawasan parking. Ketika hendak masuk ke
kawasan parking, pengguna perlu scan “QR Code” pada telefon pintar di pintu
masuk (tempat ambil tiket) kemudian pengguna akan diberikan maklumat parking
iaitu petak parking beserta koordinat petak parking.
Lock Location-pengguna boleh kunci lokasi kenderaan untuk
memudahkan pengguna untuk mendapatkan semula kenderaan selepas membeli belah.
Selain itu, ia juga berfungsi sebagai salah satu sistem keselamatan untuk
mengelakkan kecurian kereta atau sebarang kecurian barangan di dalam kereta.
Payment-Pengguna boleh membuat bayaran parking terus secara atas
talian tanpa perlu beratur di mesin pembayaran tiket. Walaubagaimana pon, bagi
pengguna yang ingin juga membayar di mesin bayar tiket, pengguna hanya perlu
scan “QR Code” di telefon pintar mereka sahaja untuk pembayaran. Ini juga
termasuk bayaran awal untuk tempahan parking online.
Online Booking-Pengguna boleh membuat tempahan parking awal sebelum
mereka bergerak ke pusat beli belah di mana pengguna boleh membuat pilihan
petak parking dari database parking lot.
Dengan adanya iParking:
- Pengguna tidak lagi perlu membazirkan masa untuk mendapatkan parking kosong, kerana aplikasi ini akan menunjukkan lokasi parking lot yang kosong apabila pengguna memasuki kawasan parking. Pengguna juga boleh membuat tempahan lot parking lebih awal sebelum mereka keluar ke pusat beli belah.
- Pengusaha parking dapat member perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggan mereka.
- Keselamatan kenderaan lebih terjamin.
- Boleh membentuk disiplin rakyat Malaysia dari segi tidak lagi berlaku perebutan lot parking kosong.
- Masa yang dahulunya dibuang untuk mencari parking kini boleh digunakan untuk bersuka-ria bersama yang tersayang.
- Sistem parking yang cekap dan teratur.
3.2 Blue Ocean Strategy
Raise
- Optimum penggunaan masa beharga pengguna dengan keluarga bukan di kawasan parking
- Meningkatkan tahap keselamatan kawasan parking dan kenderaan pengguna
Reduce
- kos yang ditanggung pengusaha lot parking untuk mengupah “runner”.
- Penggunaan tiket parking. Tiket parking sedia ada tidak diperlukan dengan penggunaan iParking.
Eliminate
- Jika kesemua pengguna menggunakan iParking, tiket parking boleh terus dimansuhkan penggunaanya.
Create
- Tempahan parking secara atas talian
- Periksa jumlah parking lot kosong
- Cara pembayaran secara atas talian yang lebih fleksibel
4.0 Potensi Pasaran dan Strategi
Pemasaran
4.1 Target Pasaran
SquareApps menyasarkan penjualan
iParking ini kepada dua entity iaitu:
Pengusaha Lot Parking di Pusat Beli Belah
Sistem parking baru perlu di
pasang kepada sistem-sistem parking sedia ada bagi membolehkan iParking
berfungsi. SquareApps akan menjual sistem baru ini kepada pengusaha lot parking
yang berminat untuk menggunakan iParking.
Pengguan Telefon pintar
Aplikasi iParking untuk telefon
pintar akan dijual kepada pengguna. Jika SquareApps dapat menjual lebih banyak
sistem iParking kepada pengusaha lot parking, jumlah pengguna yang akan
menggunakan aplikasi iParking di telefon pintar juga akan bertambah.
4.2 Potensi Pasaran
SquareApps yakin setiap pengusaha
lot parking di pusat beli belah akan berminat dengan iParking kerana iParking
akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ramai pengguna semasa ingin
parking. Tambahan pula terdapat juga pusat-pusat beli belah yang baru dibuka
bermaksud akan ada bakal pengguna iParking di situ.
4.3 Plan Pemasaran & Strategi
Promosi
Pelan pemasaran yang SquareApps
gunakan untuk menjual iParking adalah 5P seperti berikut
Produk
- iParking-perkakasan yang perlu dipasang kepada sistem parking sedia ada
- iParking-aplikasi di telefon pintar.
- maintenance kepada sistem iParking.
Price
- Penjualan sistem iParking kepada pengusaha lot parking mengikut “volume license” 1 harga dengan kos pemasangan kepada 1 kawasan parking, atau 1 harga untuk kos pemasangan sistem iParking kepada 2 kawasan parking atau lebih. Ini kerana setiap pengusaha parking sudah semestinya mempunyai kawasan parking yang lebih dari satu.
- Penjualan aplikasi iParking. Penentuan harga adalah dengan 50 peratus keuntungan dari kos untuk pemasangan satu sistem di tempat parking.
Promotion
SquareApps akan menjalankan satu
“Pilot Project” di mana SquareApps akan bekerjasama dengan satu syarikat
pengusaha lot parking yang terkemuka untuk memperkenalkan sistem iParking
kepada pengguna. Kerjasama ini adalah dari segi pemasangan sistem iParking
dengan harga yang jauh lebih murah kepada pengusaha yang ingin bekerjasama
dengan SquareApps dan membuat promosi besar-besaran di lot parking tersebut
bagi memperkenalkan iParking kepada pengguna.
Dengan ini, pengguna akan dapat
merasai kelainan iParking seterusnya meningkatkan permintaan pengguna hingga
menyebabkan syarikat pengusaha lot parking lain juga akan menggunakan sistem
iParking oleh SquareApps.
Place
SquareApps memerlukan satu
pejabat urusan untuk pekerja-pekerja membangunkan sistem iParking ini.
SquareApps juga akan membuat jualan sendiri produk kepada pelanggan.
People
Bagi SquareApps, pekerja adalah
asset yang paling berharga. SquareApps akan menggaji System Analyst, Designer,
Programmer, System Tester, Engineer,dan juga Technician untuk membangunkan
sistem iParking, Pemasangan sistem iParking dan maintenance kepada sistem
iParking.
Vendor juga akan terlibat dalam
projek ini di mana mereka akan membekalkan perkakasan untuk membangunkan satu
sistem iParking yang lengkap.
5.0 Kebolehlaksanaan Komersial
& Daya Maju
Setelah mendapat idea perniagaan
daripada masalah parking ini, SquareApps menjalankan kaji selidik ke atas produk
yang bakal dikeluarkan oleh SquareApps iaitu iParking. Berikut adalah aspek
penting dalam menentukan potensi perniagaan ini.
5.1 Kebolehlaksanaan Produk dan
Servis
Kesimpulan daripada kaji selidik
SquareApps, rata-rata pengguna menantikan produk SquareApps iaitu iParking
kerana produk ini akan dapat menyelesaikan masalah pengguna mencari parking di
tempat membeli belah. Boleh dikatakan sekarang adalah masa yang sesuai dengan
trend terkini yang mana penggunaan telefon pintar amat popular di kalangan
penduduk Malaysia. Hal ini menunjukkan pengguna sudah bersedia untuk
menggunakan aplikasi yang bakal SquareApps jual.
5.2 Kebolehlaksanaan Industri/
Sasaran Pasaran
Pasaran sasaran iParking adalah
pengusaha-pengusaha lot parking terutamanya di Kuala Lumpur. Dengan kepadatan
penduduk yang ramai dan juga masalah yang sama sering berlaku untuk mendapatkan
parking di pusat beli belah, pastinya pengusaha lot parking mahukan transformasi
yang menyumbang kepada meningkatnya pendapatan mereka disamping menyelesaikan
masalah yang sudah kian lama dihadapi oleh pengguna. Perkara ini menunjukkan
produk iParking ini bakal menarik minat pengusaha-pengusaha lot parking di
Malaysia.
5.3 Kebolehlaksanaan Organisasi
SquareApps akan menggaji pekerja
yang berpengalaman dalam pembangunan aplikasi serta pemasangan perkakasan untuk
sistem baru. Berbekalkan kecekapan dan pengalaman pekerja serta dedikasi dari
Ahli Lembaga Pengarah SquareApps sendiri akan memperkukuhkan organisasi ini dalam
memastikan perniagaan yang SquareApps ceburi berjaya berkembang maju.
Tambahan dengan adanya satu pejabat
urusan, SquareApps mampu bangun dan member satu impak baru dalam industri yang
diceburi. Segala urusan pembangunan aplikasi akan dijalankan di pejabat urusan
ini. Dengan kelengkapan gudang di bawah pejabat urusan SquareApps, membolehkan
segala perkakasan yang diperlukan untuk pemasangan sistem baru dapat juga
disimpan di sini.
5.4 Kebolehlaksanaan Kewangan
Setiap Ahli Lembaga Pengarah
mengeluarkan modal permulaan untuk perniagaan ini membolehkan masalah untuk memulakan
perniagaan dapat diselesaikan.Modal permulaan dikenalpasti berdasaran
perbandingan dengan perniagaan pembangunan sistem lain yang sedia ada
besertakan pembelian perkakasan untuk sistem baru (iParking). Tugas seterusnya
adalah untuk mendapatkan pulangan modal untuk projek jualan yang pertama.
6.0 Model Perniagaan
Strategi Utama Core Strategy
Misi Mission Statement
Tujuan utama SquareApps
membangunkan aplikasi iParking ini adalah untuk menyelesaikan masalah yang
sudah lama membebankan para pengguna. Aplikasi iParking ini sangat reliven dengan
penggunaan telefon pintar menjadi trend masa kini. iParking akan memudahkan
pengguna mendapatkan parking di mana-mana kawasan parking yang menggunakan
sistem iParking.
Produk / Skop Pasaran Product/Market
Scope
- iParking-perkakasan yang perlu dipasang kepada sistem parking sedia ada
- iParking-aplikasi di telefon pintar.
- maintenance kepada sistem iParking.
Perbezaan dengan Pesaing Basis of Differentiation
Setakat kini, masih tiada lagi
pemberi perkhidmatan parking yang sebegini di Malaysia. SquareApps adalah
syarikat pertama yang memperkenalkan produk ini di Malaysia.
Pengusaha parking di Malaysia hanya
menggunakan tiket untuk kemasukkan pengguna dan untuk tujuan pembayaran. SquareApps
memperkenalkan sistem yang membolehkan pengguna masuk ke kawasan parking hanya
dengan mengimbas “QR Code” pada telefon pintar pengguna sahaja tanpa perlu
menggunakan tiket.
iParking yang diperkenalkan oleh
SquareApps juga berfungsi sebagai agen untuk menyelesaikan masalah yang sering
dihadapi oleh pengguna semasa hendak parking di mana-mana pusat beli belah.
Diantara masalah yang dapat diselesaikan dengan iParking adalah, pengguna sudah
dapat mengetahui di mana letaknya lot parking kosong dengan itu, pengguna tidak
lagi perlu berpusing-pusing di kawasan parking untuk mendapatkan parking.
Strategi Sumber Strategic
Resources
Kecekapan Core
Competencies
SquareApps amat mementingkan kepuasan
pengguna. Sehubungan dengan itu, SquareApps membangunkan iParking iaitu satu
sistem yang cekap untuk memansuhkan masalah yang dihadapi oleh setiap pengguna
yang hendak meletak kenderaan mereka di kawasan parking.
Aset yang bernilai Strategic
Assets
SquareApps mempunyani asset-aset
penting untuk membangunkan iParking, seterusnya memperluaskan penggunaan
iParking di seluruh Malaysia
- Pekerja yang teliti, cekap dan bersungguh-sungguh. (System Analyst, Designer, Programmer)
- Perkakasan komputer dan aplikasi komputer untuk membangunkan iParking.
- Vendor yang membekalakan keperluan perkakasan untuk pemasangan sistem iParking.
Rangkaian Rakan Niaga Partnership
Network
SquareApps bekerjasama dengan salah
sebuah syarikat penyedia perkhidmatan parking terkemuka di Kuala Lumpur untuk “Pilot
Project” bagi tujuan promosi produk dan untuk memperkenalkan iParking kepada
pengguna.
Pembekal Suppliers
Bekalan utama untuk SquareApps
memulakan perniagaan adalah dari segi bekalan perkakasan komputer dan perisian
komputer yang akan digunakan dalam pembangunan iParking.
SquareApps juga bekerja sama dengan
pembekal alatan yang akan dipasang di tempat-tempat parking yang menggunakan iParking.
Antaramuka Pengguna Customer
Interface
Sasaran Pasaran Target Market
SquareApps menyasarkan penjualan
iParking ini kepada dua entity iaitu:
Pengusaha Lot Parking di Pusat Beli Belah
Sistem parking baru perlu di
pasang kepada sistem-sistem parking sedia ada bagi membolehkan iParking
berfungsi. SquareApps akan menjual sistem baru ini kepada pengusaha lot parking
yang berminat untuk menggunakan iParking.
Pengguan Telefon pintar
Aplikasi iParking untuk telefon
pintar akan dijual kepada pengguna. Jika SquareApps dapat menjual lebih banyak
sistem iParking kepada pengusaha lot parking, jumlah pengguna yang akan
menggunakan aplikasi iParking di telefon pintar juga akan bertambah.
Struktur Harga Pricing
Structure
- Penjualan sistem iParking kepada pengusaha lot parking mengikut “volume license” 1 harga dengan kos pemasangan kepada 1 kawasan parking, atau 1 harga untuk kos pemasangan sistem iParking kepada 2 kawasan parking atau lebih. Ini kerana setiap pengusaha parking sudah semestinya mempunyai kawasan parking yang lebih dari satu.
- Penjualan aplikasi iParking
- Penentuan harga adalah dengan 50
peratus keuntungan dari kos untuk pemasangan satu sistem di tempat parking.